Powered By:

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, December 6, 2011

.:. Pen Termahal .:.

Assalamualaikum w.b.t ..

            Post ni dah lama buat tapi tak  sempat post atas alasan peribadi.. heheh.. merepek je~ ^o^ .. Okay~ Hari ni nak cerita sikit pasal pen.. 
"The pen is the tounge of the mind" petikan dari kata pujangga yang tidak saya pasti dari pelusuk mana..

           Antara menulis menggunakan pen dan menaip, mana pilihan anda? Saya kekadang memang malas sangat nak menulis terutama kalo pakai pen, kalo menaip tu cepat jer. Hal ini kerana (macam karangan ye.. heheh), pen Saya selalu jer hilang, asal nak tulis jer memang tak jumpa punya tapi kalau tak nak tu ade jer depan mata.  Syukur la pen harga murah kalau harga beribu-ribu tak ke naya, jadi saya pun terfikirlah nak buat list pen termahal dan inilah hasil dari kajian saya yang tak seberapa ni. Antara Sumber rujukan ialah skitzone.com, mydearvalentine.com, penscollection.com, incrediblediary.com dan lain2 lagi


                Aurora Diamente Fountain Pen, Usd 1.47060juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan perngeluar pen pertama di Itali. Dah boleh beli 18 rumah dah ni, dahsyat je pen ni. Pen ni bertatahkan 30karat berlian De Beers dan badan dibuat dari platinium.


                    Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai Usd 730 000. Kolabrasi 2 syarikat ni dengan 3 orang pakar designer menghasilkan pen ni dengan 3 edisi iaitu emerald, sapphires dan rubies.

                     Caran d’Ache Gotica Pen dibuat dari 892 potongan berlian sebanyak 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie yang dinilai dengan Usd 406,453. Pen Gotica ini dibuat di China sempenan sambutan Ghotic art and architecture.

              La Modernista Diamonds Pen di nilai dengan Usd 265,000. Pen ini pernah mencatat rekod pen termahal pada tahun 2001 dan di senaraikan di Guinness Book Of Records. Pen ni dibuat oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland,Caran D'ache. Pen ni berjaya dijual di sebuah lelongan.



                    Limited Edition Boheme Papillon Pen design sebagai tanda kagum dengan ciptaan semulajadi iaitu rama-rama dan pen ini di nilai pada harga Usd 230,410. Design dan ukiran yang cukup mengagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertatahkan 1400 berlian dan sapphire.

               So, kalau nak dapat beli pen-pen yang harganya sehingga berbiji buah rumah, jom sama-sama belajar rajin-rajin...

Wallahua'lam..
p.s: cetakan

2 comments: