Powered By:

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, December 7, 2011

Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak

Assalamualaikum w.b.t ..


Post kali ni adalah post yang telah di-copy dari http://www.solihinzubir.com/2011/06/saya-dah-tak-nak-couple-dengan-awak.html .. ^0^ Jom baca!


Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'..

Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)

p/s : idea asal dari facebook.. macam biasa, tokok tambah serba sedikit..


Tuesday, December 6, 2011

Pendapatan Atlit




Assalamualaikum w.b.t ..


           Post kali ni adalah kajian mengenai pendapatan atlit termahal oleh Forbes. Forbes ambik kira pandapatan atlet berdasarkan pendapatan yang di terima 18 bulan yang lalu. Bukan setakat kontrak gaji jer yang di ambil kira Forbes ni, banyak lagi aspek seperti bonus, iklan, hadiah pertandingan dll. Sukan Basketball yang banyak mendominasi carta top 5 ni, memang banyak perubahan dalam tempoh 1-2 tahun ni segi muka baru. Jom kite tengok.

1. Tiger Woods >>May 2010 - May 2011 ; USD75 million

Nama besar dalam arena Golf, Tiger Woods. Sebenarnya,Wood terdesak untuk menang kejuaraan dan tandatangani kontrak semenjak kes eksiden kereta tahun 2009 dan juga skandal hubungan sulit .  Namun, Wood berjaya atasi masalahnya dan Nike dan Electronic Arts masih ingin menaja dia. 


2. Kobe Bryant >>May 2010 - May 2011 ; USD53 million


Kobe Bryant ialah bintang terkenal dalam sukan Bola Keranjang di China di mana dia mempunyai laman web yang amat popular. Dia juga telah menandatangani perjanjian sebagai jurucakap Mercedes-Benz bagi jenama kereta pintar di sana. Gaji Bryant di kelabnya mencecah USD24.8 million dimana melebihi USD4 million dari pemain lain.

3. LeBron James >>May 2010 - May 2011 ; USD48 million

LeBrown james juga seorang pemain dalam arena Bola Keranjang. Jersey James adalah yang terbanyak pada musim ini dan No.1 kasut Bola keranjang di pasaran. James juga bersama dengan FSG dalam menguruskan bisness dia dan sebagai imbuhan, james mendapat sedikit saham dalan FSG yang mana adalah pemilik Kelab Bola Sepak iaitu Livepoool.

4. Roger Fedderer >>May 2010 - May 2011 ; USD47 million

Roger Federer, nama yang terkenal dalam arena Tenis dan dianggap pemain Tenis Paling Hebat pernah wujud. Federer sebenarnya di ranking ke-3 dunia dalam sukan Tenis di belakang Rafael Nadal dan Novak Djokovik, tetapi masih mempunyai profail pendapatan yang amat memberangsangkan dalam semua arena sukan dengan 10 penjanjin utam seperti Nike, Credit Sisse, Rolex, Wilson dll. 

5.Phil Mickleson>>May 2010 - May 2011 ; USD47 million

Ranking dunia Phil Mickelson dalam sukan Golf makin menurun. namun masih menjadi keinginan syarikat untuk dijadikan Duta di mana hanya Tiger Wood yang lebih dari dia dalam arena Golf. Mickelson mengikat kontrak pada hujung tahun lepas sebagai jurucakap kepada Amgen dan Pfizer, pembuat Enbrel iaitu ssejenis dadah yang dia gunakan dalam mengubati penyakit dia iaitu Psoriatic Arthistis

Wallahua'lam..
p.s: kalau saya tahu benda ni dari kecil, memang saya bersukan je la.. tak payah nak belajar.. heheh.. ^_^
    : cetakan

.:. Pen Termahal .:.

Assalamualaikum w.b.t ..

            Post ni dah lama buat tapi tak  sempat post atas alasan peribadi.. heheh.. merepek je~ ^o^ .. Okay~ Hari ni nak cerita sikit pasal pen.. 
"The pen is the tounge of the mind" petikan dari kata pujangga yang tidak saya pasti dari pelusuk mana..

           Antara menulis menggunakan pen dan menaip, mana pilihan anda? Saya kekadang memang malas sangat nak menulis terutama kalo pakai pen, kalo menaip tu cepat jer. Hal ini kerana (macam karangan ye.. heheh), pen Saya selalu jer hilang, asal nak tulis jer memang tak jumpa punya tapi kalau tak nak tu ade jer depan mata.  Syukur la pen harga murah kalau harga beribu-ribu tak ke naya, jadi saya pun terfikirlah nak buat list pen termahal dan inilah hasil dari kajian saya yang tak seberapa ni. Antara Sumber rujukan ialah skitzone.com, mydearvalentine.com, penscollection.com, incrediblediary.com dan lain2 lagi


                Aurora Diamente Fountain Pen, Usd 1.47060juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan perngeluar pen pertama di Itali. Dah boleh beli 18 rumah dah ni, dahsyat je pen ni. Pen ni bertatahkan 30karat berlian De Beers dan badan dibuat dari platinium.


                    Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai Usd 730 000. Kolabrasi 2 syarikat ni dengan 3 orang pakar designer menghasilkan pen ni dengan 3 edisi iaitu emerald, sapphires dan rubies.

                     Caran d’Ache Gotica Pen dibuat dari 892 potongan berlian sebanyak 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie yang dinilai dengan Usd 406,453. Pen Gotica ini dibuat di China sempenan sambutan Ghotic art and architecture.

              La Modernista Diamonds Pen di nilai dengan Usd 265,000. Pen ini pernah mencatat rekod pen termahal pada tahun 2001 dan di senaraikan di Guinness Book Of Records. Pen ni dibuat oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland,Caran D'ache. Pen ni berjaya dijual di sebuah lelongan.



                    Limited Edition Boheme Papillon Pen design sebagai tanda kagum dengan ciptaan semulajadi iaitu rama-rama dan pen ini di nilai pada harga Usd 230,410. Design dan ukiran yang cukup mengagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertatahkan 1400 berlian dan sapphire.

               So, kalau nak dapat beli pen-pen yang harganya sehingga berbiji buah rumah, jom sama-sama belajar rajin-rajin...

Wallahua'lam..
p.s: cetakan

ReD InDiAn ..


Assalamualaikum w.b.t ..

           Alhamdulillah.. At last, my second blog dah diedit sepenuhnya.. hahah.. Mulanya letak pelbagai widget.. cantik memang cantik tapi berat.. teringat kawan cakap, "design blog ni kita buat se'simple' yang mungkin".. lebih kurang macam tu la.. Okay~ Thanks to Ahmad Luqman Bin Mohd. Asri.. so, saya pun letak benda-benda yang penting saja.. huhu..

           Hari ni nak cerita pasal Red Indian.. Red Indian kalau tengok kat cerita-cerita cartoon(cnth:mickey mouse) puak ni ada daya pendengaran yang tajam sehingga berbatu-batu.. Terkenal juga dengan kemahiran-kemahiran yang pelbagai seperti - - - (cari sendiri ye.. heheh) .. Agak pelik sebab saya bercerita tentang puak Red Indian.. saya ni kaum Melayu, apsal post cerita pasal Red Indian ni? hahah.. Okay~ saya nak cerita pasal dorang ni.. 



a
Info menarik yang ingin saya kongsikan di sini tentang kebenaran puak Red Indian di Amerika.

               Jika Anda berkunjung Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah transkip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

              Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.


            Berbicara tentang suku Cherokee, tidak lari dari individu bernama Sequoyah. Ia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.

              Yang membuatnya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee pada abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” didalam bahasa Arab.

setakat ni sahaja untuk info di sini, sumber dan info seterusnya boleh didapatkan dicarigold.com 


Wallahua'lam..