Powered By:

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, December 6, 2011

ReD InDiAn ..


Assalamualaikum w.b.t ..

           Alhamdulillah.. At last, my second blog dah diedit sepenuhnya.. hahah.. Mulanya letak pelbagai widget.. cantik memang cantik tapi berat.. teringat kawan cakap, "design blog ni kita buat se'simple' yang mungkin".. lebih kurang macam tu la.. Okay~ Thanks to Ahmad Luqman Bin Mohd. Asri.. so, saya pun letak benda-benda yang penting saja.. huhu..

           Hari ni nak cerita pasal Red Indian.. Red Indian kalau tengok kat cerita-cerita cartoon(cnth:mickey mouse) puak ni ada daya pendengaran yang tajam sehingga berbatu-batu.. Terkenal juga dengan kemahiran-kemahiran yang pelbagai seperti - - - (cari sendiri ye.. heheh) .. Agak pelik sebab saya bercerita tentang puak Red Indian.. saya ni kaum Melayu, apsal post cerita pasal Red Indian ni? hahah.. Okay~ saya nak cerita pasal dorang ni.. 



a
Info menarik yang ingin saya kongsikan di sini tentang kebenaran puak Red Indian di Amerika.

               Jika Anda berkunjung Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah transkip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

              Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.


            Berbicara tentang suku Cherokee, tidak lari dari individu bernama Sequoyah. Ia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.

              Yang membuatnya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee pada abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” didalam bahasa Arab.

setakat ni sahaja untuk info di sini, sumber dan info seterusnya boleh didapatkan dicarigold.com 


Wallahua'lam.. 

Wednesday, November 30, 2011

Jatuhnya Khalifah Islam

Assalamualakum w.b.t.
"Jatuhnya Khalifah Islam di muka bumi pada 3 march 1924"


Jika dilihat, jangka hayat tiadanya pimpinan Islam di dunia ini tidaklah sampai ke usia 100 tahun. Selama 1,419 tahun Islam ini ada kepimpinan yang disebut khalifah, sekarang, baru 84 tahun khalifah Islam tiada di muka bumi. Jika dibubar angka mengikut peratusan, baru 6% jangka hayat Islam di dunia ini tiadanya kepimpinan khalifah.

Namun, apabila melihat kesannya terhadap umat Islam. Amat dasyat. Amat kronik. Amat menyayatkan.

Kepada rakan-rakan yang profesyen kerjanya adalah guru, cuba tanya anak murid, siapakah Khalifah Islam yang terakhir? Bilakah Khalifah Islam digulingkan? Apakah puncanya Khalifah Islam itu digulingkan? Bagaimanakah Khalifah Islam digulingkan? Dan akhir sekali, tanya kepada anak murid, apakah hukumnya jika tiadanya khalifah Islam dimuka bumi, berdosa atau tidak?

Hamba pasti, majoriti atau semua anak murid yang ditanya tidak dapat menjawab. Mungkin juga guru yang bertanya itu tidak boleh juga menjawab soalan yang ditanyanya. Kerana apa? Kerana apa perkara yang mustahak ini tidak boleh dijawab? Jawapannya ialah sistem kehidupan yang kita lalui, diulangi, SISTEM kehidupan seharian kita, dari detik saat ke saat, yang kita lalui, telah diadun agar umat Islam lupa akan peri pentingnya kewujudan pemerintahan khalifah Islam di muka bumi ini.

Kepada soalan di atas, hamba akan menjawab hanya 1 soalan yang dicadangkan diberikan kepada anak murid guru-guru, iaitu soalan yang berbunyi, bagaimanakah Khalifah Islam itu digulingkan? Jawapannya mudah. Bangkitkan isu kebangsaan kepada umat Islam. Ya, itulah jawapannya, bangkitkan isu bangsa kepada umat Islam. Beginilah caranya khalifah digulingkan. Bangkitkan isu bangsa, bangsa dan bangsa. Isu bangsalah yang telah meranapkan khalifah Islam diseluruh dunia dan isu bangsalah yang menyebabkan kita semua sekarang ini hidup di dalam tiadanya kepimpinan khalifah Islam di muka bumi.

Maka oleh itu, adakah isu bangsa ini perlu dibawa ke mana-mana oleh kita umat Islam? Adakah boleh kita memainkan isu bangsa untuk mendapatkan sesuatu dimuka bumi ini? Bagus sangatkah taksub dengan isu-isu bangsa ini? Bangsa atau kebangsaan didalam bahasa arabnya bermaksud assabiyah. Perkara yang jelas disebut oleh Rasulullah SAW tentang tahap haramnya memainkan isu ini. Tetapi, mengapakah umat Islam tidak mahu dengar?
Te
puk dada tanya selera. wallahua'lam..

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa…BACA!


Assalamualaikum w.b.t
Berikut adalah tanda-tanda dunia di hujung nyawa:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya 
hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari 
Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah
hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Perdamaian Dengan Israel: Adakah Syara’ Mengharuskannya?

" Kekejaman Israel bukanlah perkara baru. Sejak mereka berjaya menguasai wilayah Palestin secara kekerasan dan rampasan, mereka sering sahaja melakukan siri serangan dan kezaliman kepada penduduk Palestin. Dalam pada itu, terdapat usaha-usaha yang dilakukan untuk berdamai dengan Israel. Apakah tindakan perdamaian dengan Israel merupakan sesuatu yang wajar dan dibenarkan oleh syarak?

Sebenarnya, perselisihan yang terdapat di kalangan para ulama’ hanyalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan perdamaian antara golongan Islam dan golongan yang memerangi Islam (ahlul harbi). Sebahagian daripada ulama’ melarang keras perdamaian ini, malahan tidak harus untuk bekerjasama dengan golongan yang memerangi umat Islam. Kenyataan ini adalah berdasarkan ayat-ayat Allah yang menyeru supaya berperang dengan golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah kalah dan patuh kepada pemerintahan Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 29, maksudnya: “Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar( agama Allah ), (iaitu orang) yang diberikan al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”.
Begitu juga firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 4 yang bermaksud: “Apabila kamu bertemu dengan orang kafir ( di medan perang ) maka pancunglah leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti”.
Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran ini menyeru kepada peperangan terhadap golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah atau menghentikan peperangan. Sesungguhnya apabila umat Islam masih diperangi oleh mereka, maka tiada perdamaian dan tiada kerjasama dengan mereka.
Manakala ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan golongan yang memerangi umat Islam pula, mereka berhujah bahawa ayat al-Quran yang diturunkan tidak pun menentang perdamaian . Ini dapat dilihat dengan jelas pada permulaan dakwah Islam sebagaimana firman Allah yang bermaksud:“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah”.
Selain daripada itu, Rasulullah juga pernah mengadakan beberapa perjanjian damai dengan musuh-musuh Islam seperti yang terdapat pada Perjanjian Hudaibiyyah di samping beberapa perjanjian yang telah dimeterai oleh Rasulullah dengan puak-puak Yahudi. Inilah sebenarnya hujah-hujah yang telah digunakan oleh segelintir ulama’ dalam menegakkan pendapat mengenai keharusan membuat perdamaian dengan Israel tatkala umat Islam tidak mampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam itu.

Sememangnya terdapat para ulama’ yang mengharuskan perdamaian sebagaimana yang terkandung dalam beberapa ayat al-Quran di samping perdamaian yang telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah sendiri. Akan tetapi harus diingat bahawa ulama’ telah mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah dengan syarat sekiranya umat Islam betul-betul berada dalam keadaan ‘darurat’ serta perdamaian itu akan membawa maslahat dan kebaikan kepada umat Islam sendiri.

Begitu pun, pendapat ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah tidak termasuk perdamaian dengan Israel. Perdamaian hanya berlaku dengan musuh yang mempunyai negara, raja dan pemerintahan sendiri yang mana mereka itu ingin menguasai dan menawan negara-negara lain. Manakala Israel, mereka langsung tidak mempunyai negara, sebaliknya mereka telah merampas tanah umat Islam. Sekiranya perdamaian dilaksanakan dengan mereka, maka ini akan membawa erti bahawa umat Islam menyerahkan bumi mereka kepada musuh yang merampasnya dan seterusnya mengiktiraf kependudukan Israel yang telah dilakukan dengan secara zalim itu. Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun jua!.

Siapakah yang berani mengatakan bahawa perdamaian dengan Yahudi itu mendatangkan maslahah dan kebaikan?. Apakah maslahah yang didapati oleh umat Islam apabila mereka meninggalkan bumi Palestin untuk dicengkam dan dikuasai oleh Yahudi, seterusnya umat Islam Palestin akan menjadi mangsa pelarian di tanahair sendiri. Sudah tentu perkara seumpama ini tidak direstui oleh Allah, Rasulnya serta orang beriman.

Perdamaian dengan Israel merupakan pengkhianatan terhadap Islam dan terkeluar daripada persepakatan umat Islam sendiri. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 115 bermaksud: 
’Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu [Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan] dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali’.

Sesungguhnya umat Islam mestilah meneruskan perjuangan yang jitu untuk mengembalikan bumi Palestin daripada tangan Yahudi yang durjana. Sesungguhnya perdamaian dengan Israel adalah dilarang mengikut syara’.

Oleh itu, umat Islam seluruh dunia mestilah berjihad dan berjuang untuk menyelamatkan Palestin daripada terus dinodai. Kebenaran itu datang dari Allah dan Dialah yang menunjuki jalan hidayah.

Friday, November 25, 2011

.:. Think Positive About Aging and Live Longer .:.


Assalamualaikum w.b.t ..

Be Positive and Add 7.5 Years to Your Life:
Research shows that how you perceive aging affects how long you will live. In a study of 660 people, those with more positive perceptions of their own aging lived an average of 7.5 years longer. This effect remained after other factors such as age, gender, income, loneliness and health status were controlled.
Look Forward to Aging While You Are Young:
The study compared death rates of the 660 study participants to their answers to a survey 23 years ago. Therefore, adjusting your perception of aging while you're still young can have a tremendous effect on your life expectancy.
Improving Resiliency:
No one knows for sure why a positive attitude seems to lead to a longer life. Researchers believe that positive thinking about aging can increase a person's will to live, making him or her more resilient to illness and more proactive about health. Another explanation given was that mental stress of aging is lower for people who have a positive attitude. Positive thinking and stress reduction have also been linked.
Finding Insight as You Age:
What's so great about aging? Good question. Our society prizes youth and beauty above all. Messages about aging tend to emphasize the negative aspects. But, like fine wine, people should get better as they age. Experience, combined with maturity, gives older people great insight. Older people are more in touch with spirituality and the priorities which have true depth. By following a simple, healthy lifestyle you can preserve your health and energy your whole life.
How Positive Attitudes Compare to Other Longevity Boosters:
Here is a brief list of the number of years that each of these health factors are believed to add (remember these numbers are for mortality and do not consider the quality of life):
  • low blood pressure: 4 years
  • low cholesterol readings: 4 years
  • healthy weight: 1-3 years
  • not smoking: 14 years
  • regular exercise: 1-3 years
Source: Levy BR, et al. Longevity increased by positive self-perceptions of aging. Journal of Personality and Social Psychology. 2002 Aug; 83(2):261-70.
Wallahua'lam.. ^_^