Wednesday, November 30, 2011
Jatuhnya Khalifah Islam
Assalamualakum w.b.t.
"Jatuhnya Khalifah Islam di muka bumi pada 3 march 1924"
Jika dilihat, jangka hayat tiadanya pimpinan Islam di dunia ini tidaklah sampai ke usia 100 tahun. Selama 1,419 tahun Islam ini ada kepimpinan yang disebut khalifah, sekarang, baru 84 tahun khalifah Islam tiada di muka bumi. Jika dibubar angka mengikut peratusan, baru 6% jangka hayat Islam di dunia ini tiadanya kepimpinan khalifah.
Namun, apabila melihat kesannya terhadap umat Islam. Amat dasyat. Amat kronik. Amat menyayatkan.
Kepada rakan-rakan yang profesyen kerjanya adalah guru, cuba tanya anak murid, siapakah Khalifah Islam yang terakhir? Bilakah Khalifah Islam digulingkan? Apakah puncanya Khalifah Islam itu digulingkan? Bagaimanakah Khalifah Islam digulingkan? Dan akhir sekali, tanya kepada anak murid, apakah hukumnya jika tiadanya khalifah Islam dimuka bumi, berdosa atau tidak?
Hamba pasti, majoriti atau semua anak murid yang ditanya tidak dapat menjawab. Mungkin juga guru yang bertanya itu tidak boleh juga menjawab soalan yang ditanyanya. Kerana apa? Kerana apa perkara yang mustahak ini tidak boleh dijawab? Jawapannya ialah sistem kehidupan yang kita lalui, diulangi, SISTEM kehidupan seharian kita, dari detik saat ke saat, yang kita lalui, telah diadun agar umat Islam lupa akan peri pentingnya kewujudan pemerintahan khalifah Islam di muka bumi ini.
Kepada soalan di atas, hamba akan menjawab hanya 1 soalan yang dicadangkan diberikan kepada anak murid guru-guru, iaitu soalan yang berbunyi, bagaimanakah Khalifah Islam itu digulingkan? Jawapannya mudah. Bangkitkan isu kebangsaan kepada umat Islam. Ya, itulah jawapannya, bangkitkan isu bangsa kepada umat Islam. Beginilah caranya khalifah digulingkan. Bangkitkan isu bangsa, bangsa dan bangsa. Isu bangsalah yang telah meranapkan khalifah Islam diseluruh dunia dan isu bangsalah yang menyebabkan kita semua sekarang ini hidup di dalam tiadanya kepimpinan khalifah Islam di muka bumi.
Maka oleh itu, adakah isu bangsa ini perlu dibawa ke mana-mana oleh kita umat Islam? Adakah boleh kita memainkan isu bangsa untuk mendapatkan sesuatu dimuka bumi ini? Bagus sangatkah taksub dengan isu-isu bangsa ini? Bangsa atau kebangsaan didalam bahasa arabnya bermaksud assabiyah. Perkara yang jelas disebut oleh Rasulullah SAW tentang tahap haramnya memainkan isu ini. Tetapi, mengapakah umat Islam tidak mahu dengar?Tepuk dada tanya selera. wallahua'lam..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment