Powered By:

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sunday, September 18, 2011

.:. Teknik-Teknik Bergaduh .:.


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t ..
 Pada era modenisasi kini, terdapat ramai antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai wawasan 2020. Namun begitu, dalam setiap usaha yang dilakukan, pasti terdapat 1001 macam kesulitan dan masalah yang melanda. Kebejatan ekonomi, bencana alam, keruntuhan moral, dan lain-lain lagi. Kenapa hal ini berlaku? Apakah sebabnya? Punca dan penyelesaian bagi masalah-masalah ini pastinya satu iaitu Islam.

Sidang pembaca yang dihormati sekalian,
               
                Bukankah agama Islam merupakan ad-Din yang membawa maksud suatu cara hidup yang lengkap? Apabila  Islam ditinggalkan, maka bersedialah menghadapi kehancuran! Antara masalah yang sering kita dengar adalah masalah antara ibu bapa dan anak-anak. “ANAK SAMAN BAPA!”…….. “BAPA SAMAN ANAK”……… “ANAK TERAJANG PERUT IBU SEDANG SOLAT”……… “ANAK MENGAKU IBU BAPA SUDAH TIADA” dan pelbagai lagi tajuk berita yang sering terpampang di dada-dada surat khabar kebelakangan ini.

                Bukankah telah dijelaskan di dalam Al-Quran, di dalam surah Luqman, ayat 14:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu kembali.”

Dan dalam sebuah hadis, ada disebut yang mafhumnya:
“siapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi.”

                Nah, bukankah telah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlu dihormati dan dimuliakan dan anak-anak pula perlu dikasihi dan disayangi?


                K ah, malas dah nak tulis karangan panjang-panjang. Aku sendiri baca pun naik bosan. Hehe…  kalau kita perhati karangan kat atas ni, pastu tengok pulak tajuknya, macam tak kena kan? Tapi sebenarnya memang ada kaitan. Memang semua orang tahu yang menghormati ibu bapa ni wajib. Tetapi, macam mana pula kalau ibu bapa yang salah? Contohnya ibu bapa yang berat sebelah.

                Anak pertama mintak skateboard, tak dapat. Mintak sweater arsenal, dapat,  tapi dapat jersi jek. Itu pun barcelona punya. Anak kedua pula, minta nak pergi kelas tambahan, kena marah, minta beli baju baru, kena maki. Anak ketiga pula, minta keluar jalan-jalan kat bandar, dapat RM 50, minta beli seluar jeans, dapat Levi’s original.

                Bayangkan kalau ibu bapa yang perangai camni, mesti susah anak-anak kan?  Walaubagaimanapun, hendak atau tidak, kita sebagai anak-anak wajib menyayangi ibu bapa. Sedangkan sahabat nabi, Mus`ab bin Umair r.a. - yang mana ibunya tidak menyukainya memeluk agama Islam - pun masih berbuat baik terhadap ibunya, inikan pula kita. Siapalah kita?

                Namun begitu, tidak semestinya kita tidak perlu berbuat apa-apa. Dalam sesetengah keadaan, kita perlu bergaduh dengan ibu bapa. Ya! Bergaduh! Tapi bagaimana? Di bawah ini ada disediakan beberapa cara bergaduh dengan ibu bapa.

1) Tumbuk
Haha…  standard ah bro, kalo x puas ati, tumbuk jek ah kan. Macam biasa buat kat sekolah dulu. Tapi nak tumbuk mak ayah, tak boleh sembarangan. Kita kena cari peluang baik, baru berkesan. Bila peluang tu? Haa… bila mak atau ayah kita lenguh. Mesti diorang cari kita punyalah. Kalau diorang tak cari, kita sendiri offer kat diorang. “ayah, angah tumbuk belakang ayah boleh? Nampak cam lenguh jek tu”.  Korang bayangkanlah kalau buku lima korang beratnya 500gram(0.5kg). kelajuan tumbukan pula  5meter per saat. Maka, dalam setiap tumbukan, korang akan menghasilkan sebanyak 2.5momentum(kgm/s). Korang mesti tumbuk banyak kali kan? Kalo seratus kali, dengan momentum yang  tidak berubah, korang sudah berhasil menumbuk mak atau ayah korang sekuat 250 momentum. Kalau korang tumbuk 4 hari seminggu, maka korang telah berjaya menumbuk mak atau ayah korang dengan kekuatan 1000 momentum! Amacam? Cuba dulu maaa…

2) Pemulauan
 Kalau korang takut nak tumbuk mak atau ayah korang, korang boleh cuba cara lain pula. Kalau tumbuk, korang kena buat sorang2, tapi idea kedua ni kena buat ramai-ramai. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Tak gitu? Untuk menjayakan idea kedua ni, korang kena pakat ngan semua adik beradik yang teraniaya (kalau macam kes atas ni, along dengan angah lah) untuk bersatu padu memulaukan mak, ayah, dengan anak yang dimanjakan tu. Pulau macam mana? Korang pulau diorang sampai diorang tak boleh buat apa-apa pun kat rumah. Bila nampak rumah bersepah, korang kemas cepat-cepat. Jangan bagi peluang kat mak ataupun anak manja tu kemas. Kalau ada pinggan mangkuk belum basuh, korang basuh cepat-cepat. Kalau nampak tong sampah dah penuh, korang cepat-cepat buang keluar. Korang kena sentiasa cepat, barulah diorang ni(mak, ayah dengan anak manja) tak boleh buat apa-apa kat rumah tu.

3) busy-body
Teknik ni memang cukup berguna untuk balas dendam kalau korang tak puas hati dengan mak ayah korang. Aku sendiri masa ada sorang minah ni busy-body nak tahu hal peribadi aku, aku bengang tak ingat…(opss, kantoi). Haha…takyah pedulikan hal aku. Sekarang ni kita nak buat sesuatu sebagai balasan sikap pilih kasih mak ayah korang. Camne nak busy-body dengan mak ayah? Contohnya, kalau korang baru balik dari sekolah, korang jenguk dapur, tanya mak korang, “mak apa khabar harini?”. Bukan korang tak taw yang mak korang sihat, tapi saje nak busy-body. Pastu bila ayah korang balik dari kerja, korang tanya, “ayah, camne kerja harini? Penat tak? Nak along tumbuk?”. Kalau korang amal teknik ni, InsyaAllah dendam korang akan terbalas.

4) Lari dari rumah
Ini teknik yang paling aku suka. Sebenarnya ramai orang dah buat cara ni. Tapi mungkin sebab diorang salah kaedah, diorang tidak berhasil membalas dendam yang terbuku di hati, bahkan merosakkan lagi hubungan dengan mak ayah. Kalau nak lari dari rumah, kita kena tahu tempat mana kita nak pergi, kita kena pastikan juga samada kita cukup duit atau tidak untuk support belanja kat tempat baru, kemudian kena tahu juga mak ayah kita izinkan atau tidak. Aku pernah buat teknik ni, dan dengan kaedah yang betul, aku berjaya membalas dendam terhadap mak dan ayah aku. Macam mana yang aku kata dendam terbalas tu? Aku biarkan diorang tersiksa dengan selalu merasa rindu kat aku. Hahaha… korang kena cuba. Kaedahnya, belajar sungguh-sungguh, dapatkan keputusan peperiksaan terbaik, pastu, cari mana-mana badan yang sanggupsponsor korang untuk belajar di luar negara. Simple. Tapi teknik ni ada side-effect iaitu korang juga akan selalu merasa rindu kat diorang…(T_T)

Ulasan:
-apa yang aku kata berjaya balas dendam kat teknik-teknik di atas ni adalah korang berjaya mendapat kasih sayang daripada ibu bapa korang.
-teknik keempat merupakan teknik yang paling susah untuk dilakukan. Tetapi, andaikata korang tak mampu nak buat teknik keempat, korang masih ada tiga teknik lagi untuk diamalkan. (^_^)

Boleh Ke Tak Solat Pakai Sandal or Selipar??


Assalamualaikum w.b.t ..

BOLEH KE TAK SOLAT PAKAI SANDAL ATAU SELIPAR ?



Soalan ini telah dilontarkan oleh seseorang kepada Islamonline.net. selepas menyaksikan para peserta demonstrasi di Mesir melaksanakan solat dalam keadaan berselipar atau sandal. Adakah yang mereka lakukan itu benar menurut syarak atau tidak ?

Maka di sini saya rasa, saya perlu berkongsi apa yang telah saya baca pada artikel itu supaya kita sama-sama mengetahui jawapannya.

Soalan itu dijawab oleh Syaikh 'Isam al-Syiar, salah seorang anggota Persatuan Ulama-Ulama Islam.

Menurut beliau, adalah harus memakai selipar atau sandal ketika mengerjakan solat selama selipar atau sandal itu bersih daripada najis. Itulah pendapat jumhur ulama. Bahkan mazhab Hambali menganggap sunat hukum memakai selipar atau sandal suci ketika bersolat. Ini berdasarkan kepada beberapa riwayat daripada Rasulullah s.a.w. Di antaranya hadis yang diriwayatkan Abi Salmah Yazid Ibn Sa'id yang berkata :
سألت أنسا أكان النبي صلى الله عليه وسلم يصلي في نعليه. قال: نعم. متفق عليه
Maksudnya :
Aku bertanya kepada Anas, adakah Nabi s.a.w. dahulu ada mengerjakan solat pakai selipar ? Beliau menjawab, "Ya". Hadis Muttafaq alaih.

Abu Sa'id al-Khudri juga meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. hendak mengerjakan solat bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya, beliau telah membuka seliparnya, lalu meletakkannya di sebelah kirinya. Melihat beliau menanggalkan selipar, sahabat-sahabat pun ikut menanggalkan selipar mereka. Setelah selesai solat, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka, "Kenapa kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ?" Mereka menjawab, "Kami telah melihat engkau menanggalkan selipar, maka kami pun ikut menanggalkanya ?." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata :
إن جبريل عليه السلام أتاني فأخبرني أن فيها قذراً
Maksudnya :
"Sesungguhnya Jibril mendataangi aku tadi, lalu menyampaikan kepadaku bahawa di seliparku ada kotoran." HR Abu Daud

Jadi, kerana terdapat kotoran atau najislah, Rasulullah s.a.w. menanggalkan seliparnya, kalau tidak, sudah tentu beliau akan bersolat dengan menggunakan seliparnya itu.

Riwayat lain ada menyebutkan bahawa orang-orang Yahudi tidak akan mengerjakan solat sehinggalah mereka menanggalkan selipar-selipar mereka, maka Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya supaya berbeza dengan mereka. Oleh kerana itulah, harus (boleh) bagi umatnya bersolat dengan memakai selipar.


Demikianlah hadis-hadis nabi yang dapat difahami daripadanya, bahawa memakai selipar ketika bersolat, hukumnya harus (boleh) dengan syarat selipar itu bersih daripada najis. 

Tetapi perlu diingat bahawa solat yang dimaksudkan adalah solat yang dikerjakan di tempat bebas, seperti di padang atau di jalan, bukan dalam masjid, surau atau tempat-tempat yang telah disediakan karpet atau sajadah untuk solat. Justeru memakai selipar atau sandal ditempat-tempat tersebut telah menghina kesucian tempat-tempat tersebut.

Kemudian, perlu juga memeriksa selipar atau sandal yang dipakai itu terlebih dahulu sebelum menunaikan solat, jika terdapat najis padanya, hendaklah ia menanggalkannya atau mengosok-gosokannya ke tanah sehingga hilang najisnya itu.

Demikianlah petikan daripada artikel tersebut. Semoga bermanfaat.

                                                                                                      Ibnu Tarmizi.

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan


Assalamualaikum w.b.t .. (Cuba layan entri ni.. heheh)

"Sayang, sayang… kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet’ pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee…..
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping… tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik…. Hmm….”

***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKARCHANNEL***


“Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorangcouple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je…”
“Hmm… Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak”.

**** PENONTON TERCENGANG! ****

“Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah…
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?”
“Exclusive hape plak tu ustaz?”
“Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?”
“Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni….”
“Hehe… mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun… kan?”
“Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh….”
“Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya”. 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya”. 
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan….
“Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga’ dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga’ dengan mengelakkan dari ‘berdua’. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah”.
“Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama’ pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama’. Mampu beliau tahan ‘fitrah’nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal”.
“Kalau jawab ikut ‘exclusive’, Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya’. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah”.
Cakap-cakap orang…
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
“Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya’…
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang’ untuk orang mengata.’ Peluang-peluang’ untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang’ inilah FITNAH“.
“Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive’. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!
“Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk‘touch n go’ “.
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
“Perempuan tu ke? Ooh… aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping.”
“Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu…”
“Perempuan tu ke? Haha… Aku dah pernah rasa dah…”
“Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.”
“Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu…”
” EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! “
“Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki… Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan… Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan… Biar dikerat empat, ‘kawan baik’ itulah tempat dia curhat.
Perempuan… Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah’.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang’? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua’? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur’? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body’? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup’? Tiap-tiap kali dinner kot??? “

**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****
“Sayang sayang….. sayang sayang sayang?”
” Of course sayang…..sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!”
(Erk….???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

**** TUKAR CHANNEL BALIK ****
“Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci”.
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
“Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?”
“Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah’ kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar….”

**** BLACKOUT, TUTUP TV ****
                                                                                                      Ibnu Tarmizi.

Kes Liwat 2 - Untuk Yang Mahu Berfikir


Assalamualaikum w.b.t .. 

Rentetan kisah kes liwat 2

Pada 24hb Jun 2008 - Saiful telah menemui Datuk Seri Najib dirumahnya memberitahu dia telah diliwat oleh Anuar Ibrahim

Pada sebelah malamnya pula Saiful setelah ditelefon oleh ACP Rodwan telah bertemu dan berbincang di Hotel Melia mengenai kes liwatnya.

Laporan berita sebelum ini telah menyatakan PM Najib (masa itu TPM) ada berjumpa Saiful di pejabatnya di mana Saiful mendakwa telah diliwat oleh DS Anwar. "Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan, tangan seram sejuk." antara kata-kata DS Najib, lihathttp://www.malaysiakini.com/news/85537

Dalam berita ini juga diberitahu Saiful pernah datang ke rumah DS Najib mengenai permohonan biasiswa.

Pada 26hb Jun 2008, Saiful pergi bertugas dan mendakwa telah diliwat oleh DS Anwar di sebuah kondo di Damansara antara pukul 3 hingga 4.30 petang.

Pada 27hb Jun 2008 - Saiful masih lagi pergi bertugas seperti biasa. Pada petangnya telah menghantar email kepada DS Anwar memohon berhenti bekerja atas alasan selalu datang lambat dan tiada kelayakan.

Pada 28hb Jun 2008 Saiful telah pergi hospital membuat pemeriksaan dan buat laporan polis.


Persoalannya:

1. Pada 24hb Jun, DS Najib jumpa Saiful di rumahnya (mengikut keterangan Saiful di mahkamah) atau di pejabatnya (mengikut kenyataan DS Najib pada pemberita)

2. Setelah berjumpa TPM DS Najib dan selanjutnya pegawai polis ACP Rodwan pada malamnya, mengapa datang lagi menyerah tubuh pada esoknya pergi bertugas dengan DS Anwar. Sudah hilangkah ketar dan seram sejuknya dan apalagi setelah dapat back-up TPM dan polis? Tapi kenapa terjebak jugak?

3. Adakah ini kerelaan atau dengan rela? Atau sengaja datang untuk dipaksa diliwat?

4. Kalau sudah sekian kalinya diliwat tanpa rela (7 atau 8 kali), silakanlah beritahu tarikh, masa dan tempat kejadian sebelumnya. Adakah setiap kali diliwat, tidak boleh berak 2/3 hari? Adakah ini trendnya?

5. Jumpa DS Najib dengan ketakutan dan seram sejuk mendakwa diliwat, sepatutnya sudah buat laporan polis, bukannya menggadai tubuh untuk diliwat lagi.

6. Apa buat bincang-bincang lagi dengan polis ACP Rodwan - buatlah laporan polis, bukan bincang di hotel dengan polis.

7. Sekiranya Saiful - setelah berjumpa DS Najib dan ACP Rodwan - pergi bertugas dan menyerahkan tubuhnya untuk diliwat sekali lagi untuk dijadikan bukti kes, maka ini sudah pasti liwat dengan rela atau liwat yang dinanti-nantikan............... maka seharusnya Saiful mesti juga dihadapkan di mahkamah untuk tuduhan liwat dengan rela dan mendapat hukuman yang sama.

- Untuk yang mahu berfikir demi menidakkan ketidak-warasan.

                                                                                            Ibnu Tarmizi.

Jom Hayati Doa Dhuha!! ^_^

Assalamualaikum w.b.t ...

Jom hayati doa dhuha.... Moga kita tergolong dalam golongan yang dicintai dan diredhai ALLAH Azza Wajalla.. Insya-ALLAH .. ^ _^





Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu



Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah



Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh




Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records.

                                                                                                      Ibnu Tarmizi.

Peniaga alih "bir halal" dari rak..


Assalamualaikum w.b.t .. 
           Entri ni ana jumpa kat blog sorang saudara ni.. Bila difikir2kan, ada ke arak yang x haram?? hahah.. Malang nya air kat bawah ni ana dah pernah rasa.. huhuh.. So, repent la ye.. 


IPOH: Arahan supaya mengasingkan penjualan ‘bir halal’ dari rak jualan produk minuman tidak beralkohol dipatuhi kebanyakan peniaga apabila rata-rata premis dan kedai 24 jam di bandar raya ini didapati mengikut arahan berkenaan.
Tindakan mengasingkan botol ‘bir halal’ berkenaan dilakukan sebagai reaksi tindak balas selepas Harian Metro mendedahkan kandungan 0.5 peratus alkohol yang ditemui di dalam ‘bir halal’ hasil ujian makmal kimia di Johor.

Isnin lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha yang mengadakan program di Sungai Siput di sini, turut mengarahkan penjual dan peniaga mengasingkan penjualan sejenis minuman beralkohol sebagai ‘bir halal’ di setiap premis perniagaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna Islam daripada membelinya.
Wartawan Harian Metro yang melakukan tinjauan ke beberapa premis di bandar raya ini semalam mendapati minuman botol ‘bir halal’ itu diasingkan oleh pekedai dan sengaja diletakkan bersama minuman keras.

Seorang pekerja premis 24 jam ditemui berkata dia menerima arahan dari pihak pengurusan yang mengarahkan pekerja premis supaya mengasingkan botol ‘bir halal’ itu dari rak peti sejuk diisi minuman berkarbonat lain.

“Saya disuruh mengeluarkan semua botol ‘bir halal’ itu tiga hari lalu dan meletakkannya bersama botol arak lain. Ramai pelanggan setuju dengan tindakan kami itu,” katanya ketika ditanya.
Othman yang dihubungi berkata, pengusaha premis perniagaan perlu lebih bertanggungjawab dan peka dengan hukum Islam terutama membabitkan isu produk halal dan haram.

Menurutnya, peniaga kedai dan premis makanan disaran tidak meletakkan minuman itu yang disahkan kandungan alkohol bersama dengan barangan halal lain.
“Peniaga dinasihatkan tidak mencampurkan minuman berkenaan dengan barangan atau minuman halal yang lain, sebaliknya meletakkan minuman itu di ruang khas. Ia bagi memastikan pengguna Islam mengetahui minuman itu haram diminum.

“Selain itu, pengguna Islam dinasihatkan jangan membeli minuman berkenaan kerana ia sudah dijelaskan mengandungi kandungan alkohol yang melebihi daripada yang ditetapkan,” katanya.

Difahamkan sijil halal swasta yang ditunjukkan pihak pengedar bir halal itu di Malaysia sebelum ini, adalah sijil halal yang tidak diiktiraf Jakim sejak sekian lama.


Kesimpulan: Kedai-kedai makanan nasik arab banyak jual menatang nih. Nasib baik aku tak pernah minum. Kepada yang pernah minum, tengah minum, baru nak minum, baru nak pegi beli untuk minum, lupakanlah hasrat kome semua tu dan bertaubatlah. Jagalah diri kome dan ahli keluarga kome daripada api neraka. Ayor haram tu woih.


Kesimpulan lagi untuk tajuk yang dihighlitekan:


Kata Johan kepada Zizan:

"Penat-penat aku hantor ngko pegi Universiti AL-Azhar, balik-balik AL-kohol jugak yang ngko cari."

Budak-budak Al-Azhar tak layan alkohol ye Encik Jozan..

Sekian,
Wassalam..

                                                                                                      Ibnu Tarmizi.