Powered By:

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, October 11, 2011

EXAM!!

Assalamualaikum w.b.t

            How are you readers? I hope all of you are in a pink of health yerr.. This is my first time experience posting about my feeling ******** ... hahah.. Actually, org tgh exam akademik.. satu2ny subjek y dah lepas adalah account..  Perghhhh.. Masyuk x masyuk.. Semua soalan yang kne imbangkan langsung x imbang.. well, it wasnt my favourite subject pun.. Pape pun, org harap x fail la.. Andai kata org fail, rse nk tukar course kot.. ambil pure science kot.. heheh.. Tukar skola larr alamatny..





            Esok exam nieyhh.. Tolong doakan kejayaan sye ye.. Ok, nak sambung buat kertas keje.. Ukhwafillah abdan abda.. Wassalam..


                                                                                                     Ibnu Tarmizi. 

Sunday, October 9, 2011

Dunia Bukan Segala-galanya..

Assalamualaikum w.b.t ..

Dunia adalah tempat untuk menguji manusia. Manusia hanya singgah
sekejap di dunia sebelum berangkat ke akhirat. Dunia diibaratkan seumpama seb uah kapal yang
berlabuh di suatu tempat untuk mendapatkan bekalan. Kapal tersebut akan bertolak bila-bila masa
ke destinasi yang sangat jauh dan sangat penting.
Semasa di persinggahan tersebut, setiap penumpang sepatutnya berusaha mencari
bekalan untuk dibawa bersama. Malangnya, ramai yang terpesona dengan perhentian tersebut.
Mereka banyak membuang masa dan tenaga untuk berseronok. Bagi penumpang yang berfikiran jauh,
mereka berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan bekalan sebanyak mungkin. Mereka juga
sering menasihati penumpang-penumpang yang lain supaya mencari bekalan. Ada yang menerima
nasihat tersebut, tetapi ramai juga yang memperlecehkannya.

"Tuuuut, tuuuuut . . .”, semboyan kapal berbunyi.
Waktu bertolak sudah tiba . . .
Semua penumpang menjadi kelam-kabut.
Pada masa itu, penumpang-penumpang yang tidak sempat mencari bekalan menyesal habis-habisan.
Namun, penyesalan tidak bermakna lagi. Segala-galanya sudah berakhir.
Masa yang diberikan disia-siakan begitu sahaja. Penderitaan sedang menunggu dalam perjalanan dan destinasi yang bakal dituju.
Bukan sebarang penderitaan yang maha dahsyat dan tiada penyudahnya.
Itulah ibarat dunia yang kita berada di atasnya sekarang. Kita sering lalai dan terpesona dengan keseronokan didalamnya.
Jika kita tidak mencapai apa yang dihajati di atas dunia kita menjadi keluh-kesah.
Tetapi kita jarang memikirkan hari akhirat yang kekal abadi.
Apalah sangat rumah yang kita miliki, kenderaan yang kita banggakan, harta dan pangkat yang kita perolehi?
Jika hendak dibandingkan dengan hari akhirat ia tidak bernilai satu sen pun.
Tetapi itulah yang kita kejar, itulah yang kita sedang usahakan. 
Bila melewati sesebuah banglow yang tersergam megah, dihiasi dengan landskap yang indah, didereti kereta2 mewah . . . 
hati kita berbisik, 
“alangkah seronoknya jika aku juga memilikinya”. . .
Sedarkah kita, syurga yang dijanjikan kepada orang yang beriman jauh lebih indah dan besar drpd banglow tersebut.
Sebuah rumah di syurga lebih bernilai daripada dunia yang ada sekarang.
Itu belum lagi dengan keindahan taman-tamannya.
Cuba bayangkan!..... pasti tidak terbayang.

Oleh itu, apa lagi yang kita tunggu? Lakukan audit diri dan persiapan.
Banyakkan amalan! Tingkatkan kualiti ketaatan! Hidup ini amat singkat!
Bila-bila masa kita akan dijemput menemui tuhan sama ada sebagai kekasihNya atau musuhNya.
(Na’uzu billahi min zalik)

Ibnu Tarmizi.

Kisah di Madinah..


Assalamualaikum w.b.t (^_^)\/ 



kisah ini hanya sekadar perkongsian .. hayatilah bersama dan ambillah iktibar
jangan baca kalau x bersedia.. [^^]
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila,sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling
kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing
di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langk ahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidakdapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah
wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.

Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada ditempat yang tidak disangka, sebuah
perkuburan lama. Kalaulah aku siumans eperti biasa, pasti aku kan merasa
gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman
wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas
ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada
bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik
seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci
itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah
ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah
buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir
panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak
wanita itu lagi. Aku diam.
"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit
menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku
memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam
perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul
bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa
kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. "Tiba masanya untuk
melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk
mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah
yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

" Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku
kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah
mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan
ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi
satu, dan kegelapan menyelubungi suasana
.
Nak conclusion ke?? Perlu ke? x payah la.. Renung2 kan sendiri.. andakan org yg bijak pandai.. ^_^
Wallahua'lam..

                                                                                                      Ibnu Tarmizi.

1000 alasan dunia..

Assalamualaikum w.b.t..
Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menangis..
::Tunjukkanlah bahwa kamu punya 1001 alasan untuk tersenyum::

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu mengeluh..
::Tunjukkanlah bahawa kamu punya 1001 alasan untuk bersyukur::

Ketika dunia memberi 1000 alasan untuk membuat kamu menyerah..
::Tunjukkanlah 1001 janji Allah bahwa kamu akan berjaya, kerana :-

- Ketika kerjamu tidak dihargai,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN..♥

- Ketika usahamu dinilai tidak penting,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar KEIKHLASAN..♥

- Ketika hatimu terluka sangat dalam,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang MEMAAFKAN..♥

- Ketika Kamu kecewa,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN..♥

- Ketika Kamu merasa sepi & sendiri,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar KETENANGAN..♥

- Ketika kamu harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung,
♥ Maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI..♥

Dunia ini...
... Terlalu hina untuk membuat kamu menangis
… Terlalu murah untuk membuat kamu bersedih
… Terlalu lemah untuk membuat kamu putus asa

SENYUMLAH ..Kerana kamu mendapat kesempatan ^_^



                                                                                                      Ibnu Tarmizi.